hati sedih

Assalamualaikum kepada kebarangkalian yang terbaca,
hati mana yang tidak sedih memandangkan keadaan hidup semasa. Himpitan kehidupan yang sangat terasa seperti panasnya mentari. Apa tidaknya bangun pagi dengar berita dewan undangan Perak kecoh hati jadi sedih. saya tak mahu masuk campur sebab perkara terlalu banyak telah diulas. pergi pasar beli daging penjual timbang tak cukup berat dia tambah bahagian yang murah untuk cukupkan berat hati jadi sedih. berjalan balik terserempak murid merokok tapi tak berani tegur hati jadi sedih. Nak lintaskan ank kesekolah guna lintasan berlampu tak ada yang mahu berhenti ketika lampu merah pun. Tak caya cuba pi tengok kat seksyen 4 Shah alam. hati sedih. Tiang lampu isyarat dah terburai menunggu masa ditarik murid-murid wayar-wayarnya. Singgah kedai lapar nak makan bau kedai macam bau benda basi tapi pelanggan ramai macam sedap aja tak rasa apa-apa kah mereka ini. Jadi ode satu koay teow Malay style katanya masak menggoreng mamat tu boleh hisap rokok lagi hati jadi sedih

Comments