Salam semua, hari nak cakap pasai pengalaman kena tipu, banyak tu banyak juga tapi hari ni nak cakap yang istimewa saja. Dulu dalam tahun 1995 macam tu aku ada hantar servis kereta ke satu bengkel. mamat pomen (bukan tokei nya) yang servis kereta aku dia masuk dalam kereta aku dan dia sound perlahan-lahan macam ni lah lebih kurangnya " bang, minta tolong bang saya bulan ini gaji lambat, susu anak sewa rumah kena on time, saya betul betul tengah sesak ni boleh pinjam kan sikit kat says " aku tengok kesian saja muka dia. Maklumlah aku memang cepat percaya. So aku cakap berapa yang saya boleh tolong sebab saya pun bukan ada duait."lima ratus boleh bang?" oi banyak tu balance gaji akupun cuma lebih lima puluh saja. "bagi duit susu anak saya lepas pun jadilah bang" fikir punya fikir aku tercakap "dua ratus lima puluh boleh ke? "boleh-boleh, bang namti minggu depan 30 haribulan saya bayarlah" akupun unjuklah dua ratus lima puluh. Sampai 30 haribulan aku pun pergilah ke bengkel; tersebut nak tuntut hutang. cari keliling tak nampakpun muka mamat tu, mungkin dia cuti kot! o.k tanya pada tokay, dia tanya balik " abang nak cari dia nak buat apa?' "ni dia pinjam dari saya dua ratus lima puluh nak beli susu anak" "ai bila pula dia kahwin yang saya tau dia bujang! dan dia dah seminggu berhenti kerja" ah sudah melayang dua ratus lima puluh. Balik rumah aku rahsiakan dari isteri, aku pulak berhutang dengan kawan untuk tampung perbelanjaan sendiri. selepas sepuluh tahun baru aku cerita kat isteri. bukan apa malu!
Orang tua tua kata selalunya kalau kita cerita satu satu fasal tu cuma yang kecil saja yang besar-besar kita masih nak sembunyikan.
Okay lepas tu aku kumpul duit nak beli rumah beb. Rumah sekarang hanya flat dua bilik kat seksyen 17 Shah Alam punya lah sempit, punyalah panas, punyalah habuk sampai aku kena semput. Sekarang pergi manapun kena bawa inhaler. "don't leave home without it" kata mem aku. Cukup lah duit agak-agak dekat tiga puluh ribu. So nak cari rumah yang sederhana harganya dan mestilah Shah Alam. Cari punya cari jumpalah kat meru sana depa panggil "Desa kerayong Indah" pemaju nama dia "Bumicircle" so dipendekkan cerita akau pun pergilah pejabat dia bayar deposit mula-mula dua ribu beb, so aku dengan bangganya (atau bangangnya) bayar tunai. Aku bawa semua anak-anak dan mem, bawa depa pilih sendiri rumah, so akhir pilihlah yang dekat mesjid dan sekolah nanti senang nak beribadat, sekolah anak-anakpun senang, lepas tu buat snp aku bayar semualah lima belas ribu saja, dan duit lawyerpun aku bayar semua lebih kurang tiga ribu, bukan apa nanti senang semua dah bayar. seminggu lepas tu aku angkut semua anak-anak dan mem pergi melawat tapak siap ada billboard "satu projek anjuran kerajaan negeri selangor". "cantiklah tempat ni!" kata aku meyakinkan mem. Dan bermulalah proses menunggu, dan tunggu, dan tunggu. Aku mula risau so aku pun pergi kepejabat Bumicircle yang kuat berbau asap rokok. Pegawai dia cakap " progress ok akan siap on time" oklah tunggu lagi selepas enam bulan sampai surat minta bayaran progress 25 %. hati mula seronok dah 25% siap ok turr! seminggu lepas tu pergi tengok site, "tak ada apa-apapun lalang adalah" ah sudah! Macam mana boleh jadi laguni? pemaju menipu, lawyer menipu, dan arkitek juga menipu, pegawai penilai juga menipu. sebab tak ada satu kerja yang depa buat tapi depa luluskan untuk ambil bayaran. Kan menipu namanya. Ish! depa ni macam mana cari makan dengan menipu ni. sekarang dah sembilan tahun akau kena tipu. Tapi bukan akau sorang ramai lagi beribulah juga, so bukan aku sorang aja yang bodoh, ramai lagi so, kira aku ni allrightlah juga. Punyalah bodonya sampai nama syarikat Bumicircle pun macam dah bagi isyarat (Bahasa Melayu PutarAlam).

Comments
Post a Comment